Friday, October 10, 2014

Bajet 2015


Hari ini semua tertumpu ke TV atau dalam internet untuk mendengar intipati Bajet 2015 yang dibentangkan oleh PM kita. Seperti biasa, ramai yang tunggu apa yang PM akan rancang bagi tahun depan. Aku rasakan dua isu utama yang ramai duk perkatakan adalah mengenaikan kenaikan BRIM untuk tahun depan, dan tradisi setiap bajet tahunan, bonus kepada penjawat awam.

Dari segi ekonominya, tiada apa perubahan yang besar yang akan dilihat daripada pembentangan bajet tahunan. Seperti yang tahun sebelumnya, perkara yang sama akan diutarakan. Kena akui, negara kita nie bijak dalam perancangan. Bukan diperingkat kerajaan pusat malah dalam semua lapisan sekalipun, orang kita memang bijak merancang. Tetapi yang selalu menimbulkan masalah adalah kepada pelaksanaan perancangan tersebut.Ulasan panjang rasanya tak perlu kerana semua orang yang boleh berfikir serta bijak membaca dapat mengetahui keadaan dan situasi ini.

Aku suka kaitkan keadaan bajet hari nie malah pentadbiran seperti seorang pemancing. Kolam yang kecil, jika kita tahu ikan tak banyak pasti kita akan gunakan umpan yang biasa. Tetapi kolam yang besar, yang kita tahu banyak ikan, pasti akan guna umpan yang lagi besar. Tetapi umpan memang sudah lumrahnya, nampak gah tetapi bila sekali termakan, makan ikan tersebut akan ditarik dan akhirnya menjadi lauk kepada si pemancing. Tetapi kadang-kadang pemancing kena ingat, ikan tak selamanya akan menjadi lauk, dibantu angin, ombak boleh mengoyangkan sampan.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share