Friday, October 17, 2014

Khabar angin kafa 2015

Jika gagal merancang, maka anda merancang utk gagal. Sememangnya semua sudah mengetahu berkenaan hal ini.perancangan yang baik akan membawa kepada kejayaan dan sebaliknya akan berlaku. Tidak terkecuali dalam dunia bola sepak.perancangan bukan sahaja berlaku di atas padang semasa perlawanan tetapi perlu dari pengurusan tertinggi sehingga kepada stake holder terpenting sesebuag pasukan, peminat.

Di saat 4 pasukan terbaik bersiap untuk mengharungi perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2014, Kelantan yang sudah melupakan kekecewaan gagal ke separuh akhir tahun nie, mengambil langkah maju ke hadapan dengan bersiap untuk mengharungi musim 2015. Tan Sri Annuar Musa yang sudah tamat tempoh penggantungan, telah memberi gambaran awal berkenaan persiapan awal pasukan Kelantan untuk tahun 2015.Sudah ramai yang menghebahkan senarai awal barisan pemain untuk tahun depan. Sudah ramai yang mencongak di mana hala tuju kelantan untuk tahun depan. Sudah banyak yang mengintai nasib Kelantan untuk tahun depan. Dan persiapan untuk tahun depan sebenarnya telah bermula untuk pasukan-pasukan lain juga bukan sekadar kelantan. Malah, JDT, Pahang, Kedah dan Felda turut diberitakan telah memulakan langkah mencari pemain baru meskipun masih lagi bersaing dalam separuh akhir Piala Malaysia

Ramai yang bersetuju. Ramai mengakui. Ramai yang berpendapat yang kelemahan Kelantan tahun ini adalah dibarisan serangan dan pertahanan. Sangat ironik kerana pada awal musim Ghaddar dan Obinna dikeluarkan disebabkan masalah disiplin dan kehadiran pemain import yang diharapkan dapat membantu Kelantan tidak tercapai.Jadi, fokus utama untuk musim depan pastinya untuk memperkasakan lagi barisan serangan dan pertahanan disamping menguatkan lagi barisan tengah. 

Setakat saat dan ketika ini, Kelantan boleh menarik nafas lega kerana hampir lebih separuh barisan pemain yang sekarang ini, pemain tempatan terutamanya, dikatakan telah bersetuju untuk kekal,.Kita lihat dari setiap bahagian

Penjaga Gol
Tiada apa yang perlu dirisaukan. Apek masih berbaki kontrak selama 4 tahun. Mat Chah / Syazwan masih akan menjadi backup kepada Apek. Apek sentiasa memberikan aksi yang diharapkan dan masih layak untuk dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik negara. 

Pertahanan
 Ketiadaan Obinna memang sangat terasa. Husien Alaa yang datang dengan reputasi tidak membantu menutup kelemahan di barisan pertahanan. Nazri juga seperti tidak dapat memberikan persembahan yang menyakinkan. kelemahan ini sangat ketara ketika perlawanan menentang Kedah tempoh hari. Barisan belakang Kelantan perlahan, suatu ketika hilang punca, serta gugup bila berdepan serangan pantas daripada sayap ataupun tengah. Farisham, Nik Shahrul Azim,Fitri Omar, Zairul Fitri diberitakan masih akan bersama Kelantan. Husien Ala tidak akan disambung kontrak. Nazri juga mungkin akan mengangkat kaki. Faizol Nazlin dan Tuan Mohd Faim pasti diharapkan dapat terus belajar daripada pemain senior lain. Faiz Suhaimi juga begitu. Untuk musim depan,sekirannya mampu mendapatkan dua tonggak pertahanan tengah, Kelantan mampu menutup lubang kelemahan. Dikhabarkan Norhafiz Zamani, Azizi Mat Rose akan datang ke Kota Bharu. Dua nama yang cukup sinonim di Malaysia. Walaupun sudah berusia, pengalaman mereka masih lagi ditagih. Pemain import juga diharapkan dapat dicari. Pemain yang mampu mengemudi barisan pertahanan. pemain yang mampu menjadi jeneral. 

Out
Husien Alaa
Nazri

In
Norhafiz
Azizi Mat Rose
Import


Tengah
Untuk musim 2014, boleh dikatakan barisan tengah Kelantan bukan antara yang terbaik negara. JDT, Selangor , Pahang, Terengganu mempunyai barisan pemain tengah yang lebih hebat. Namun begitu, dengan kehadiran kembali Wan Zack, prospek untuk musim depan sangat cerah. Dilihat kepada persembahan Kecik dan Wan Zack dalam perlawanan menentang Kedah, barisan tengah Kelantan mampu mengawal dan digeruni ramai. Piya seperti yo-yo tahun ini. Piya seperti yang ramai perkatakan, Piya tidak mampu menjadi CM yang baik sekiranya ditiada DMC. Sememangnya Shakir Saari sangat dirindui Piya. Shawky yang berfungsi sebagai DMC, CM dan AMC sering mampu menunjukkan aksi yang baik. tetapi dia masih lagi gagal membaca gaya dan corak taktikal yang berkesan. Brendan Gan. Nama yang cukup menyinar. Salah seorang pemain versatile. Disebalik kegagalan Kelantan, Brendan Gan merupakan pemain yang menyinar disamping Kecik, Izuan Rosli tahun ini. Brendan Gan perlu dikekalkan. Kecik sangat menyinar tahun ini. Bermain di posisi kegemarannya, kecik sangat bijak mengambil peluang dan mampu mengucar kacir pertahanan lawan. Kecik antara natural winger yang Kelantan boleh harapkan sebagai tonggak masa depan. Wan Zack walaupun beraksi setelah berehat panjang, masih lagi berbisa dan reputasi serta pengalaman bermain di negara luar pasti akan lebih serasi dengan rakan-rakan dan corak taktikal Kelantan. Izuan Rosli merupakan pemain muda yang sedang meningkat. Boateng bijak menggunakan izuan rosli. larian laju, sepakan padu antara senjata utama pemain muda ini. Amar Rohidan antara muka baru tahun ini yang diharapkan dapat membantu barisan tengah, tetapi sebaliknya yang berlaku. Sekirannya Shawky tidak disambung kontrak, pasti import baru yang dicari. Seorang AMC yang dapat merangka serangan serta mengoptimumkan larian-larian daripada winger. Norfarhan diberitakan akan kembali. Nasir daripada Perak. Seorang CM yang rajin dilihat memberi petanda berubah angin daripada ipoh ke kota bharu.

Out
Amar Rohidan
Shawky (50%)

In
Import
Import
Nasir


Serangan
Tagoe. Prince Tagoe. Pemain import yang beraksi di Kelantan sering tidak seperti digambarkan. Seolah terkena satu sumpahan. Yang terkini adalah Prince Tagoe. Dengan reputasi yang pernah bermain di Piala Dunia tetapi sering cedera dan tidak capai tahap fitness yang diharapkan. Forkey Doe juga boleh dikatakan gagal tahun ini. Doe tidak mampu mengulangi persembahan berbisanya seperti berada di Selangor dan Terengganu. Shakir Ali masih lagi bergelut mencari rentak. Fakri Saarani masih lagi berbisa tapi perlu lebih matang dalam setiap perlawanan. Tagoe sudah keluar. Doe juga akan keluar. Shakir Ali masih akan bersama kelantan. Dua atau seorang pemain import akan beraksi di bahagian serangan.Diharapkan pemain yang cukup pantas, yang pandai mengambil peluang dalam kotak penalti.beberapa nama sudah mula timbul, ada daripada benua afrika, ada daripada asia tenggara. Sesiapapun yang akan hadir, diharapkan pemilihan yang mendalam diadakan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Out
Doe
Tagoe

In 
Import
Import

Jurulatih
Jika dituruti daripada nada yang disuarakan Boateng, beliau masih lagi mahu mengemudi Kelantan. Antara faktor kejatuhan Kelantan dalam tahun ini adalah tiadanya kestabilan. bermula dengan Steve Darby dan baru diambil oleh Boateng. sekiranya Boateng diberi peluang untuk merencana pasukannya sendiri ditambah dengan persiapan pra musim yang rapi, tidak mustahil beliau dapat menerapkan corak dan gaya permainan yang bermutu. Tetapi sekiranya jodoh Boateng dan Kelantan tidak panjang, jurulatih tempatan tidak kurang juga hebatnya. Azraai Khor boleh diintai. Dengan reputasi sebagai double treble, Azraai Khor masih antara jurulatih hebat. Ataupun mungkin saja mahu menambah perisa, TSAM boleh merisik Dato Rajagopal yang masih tidak memegang mana-mana kerusi. Sesiapa pun yang akan memegang kerusi ketua jurulatih pada musim depan, para peminat Kelantan sangat perlukan kestabilan dan kita perlu berikan masa dan ruang sepenuhnya kepada kelantan.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share