Sunday, October 12, 2014

Reaksi Bajet 2015

*Sekadar kutipan reaksi Bajet 2015 baru-baru ini

Minyak tak naik. Subsidi je dikurangkan. Orang kaya-kaya yang naik kereta besar je terasa. Minyak untuk orang biasa-biasa tetap sama. Lagipun berapa liter lah sangat terjejas
kata Ahmad, pemilik motosikal kapcai yang kerja menoreh getah di sebuah felda di sebuah negeri sambil membayar teh o ais RM1.50.


Betul lah tue peruntukan banyak tue.Lagipun entiti tue kan jaga pasal pendidikan kanak-kanak. Kanak-kanak kena jaga betul-betul. Baru lah mereka dapat pendidikan terbaik
kata Pak Cik Yusuf, nelayan di sebuah kampung nelayan di sebuah negeri Pantai Timur sambil mendial anak bongsunya yang sudah berumur awal 30 an.


Tengok ni, duit subsidi dibahagikan kepada rakyat balik.Banyak nie.Boleh tanggung beli beras dan gula untuk setahun.Kena bersyukur dengan pemberian nie.
kata Mak Cik Senah, suri rumah sepenuh masa sambil membelek surat khabar di pasar di sebuah pekan kecil di Utara Semenanjung Malaysia sambil lengannya ditunjukkan gelang emas baru dibeli daripada kedai Ah Chong


Betul la kena naik taraf gaji dan elaun diorang tue. Kau tahu tak wakil rakyat di Uganda pun lagi tinggi. Ini kan pula kita. Kalau kau jadi wakil rakyat pun kau mesti nak naikkan juga semua tue.
kata Seman, penganggur yang sudah 18 kali gagal dalam temuduga dan sekarang masih lagi mencari kerja di sebuah Bandaraya sambil membeli tiket LRT.



Yang kau nak membebel pasal kerajaan nie kenapa? Bukan kau dapat bonus kan. Untung la tue boleh bayar percutian kau tue nanti. Bersyukur la. Orang lain takde bonus pun tau
kata Dollah, pekerja am sebuah jabatan kerajaan sambil menghirup kopi di sebuah kedai kopi pada pukul 9.30 pagi waktu pejabat.


No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share