Friday, October 10, 2014

Suku Akhir Piala Malaysia 2014 Kelantan vs Kedah

Tamat sudah saingan Kelantan dalam Piala Malaysia. Keputusan akhir Kedah 3-0 di perlawanan di Darul Aman. Secara agregatnya Kedah layak 4-3. Secara rasminya, Kelantan boleh mengiringi Selangor yang turut kalah secara agregat 7-3 di Temerloh malam ini.

Untuk menunding jari kepada kegagalan malam nie pasti ramai penyokong mahu salahkan Boateng, atau juga kepada Tan Sri Annuar Musa. Tetapi sebenarnya inilah realiti bola sepak. Seperti yang selalu diperkatakan, banyak faktor bagi sesuatu perlawanan. Sebelum perlawanan, ramai yang dah jangkakan Kedah akan bagi tentangan sengit. Kelantan berwaspada. Tetapi dengan kehadiran semula Nik Shahrul Azim, satu kelegaan dilihat kerana dia dapat kembali ke posisi bek kanan, dan Brendan Gan kembali ke tengah. Tetapi setelah 28 minit pertama perlawanan, memang terbukti Pok Nik tidak seperti yang sebelum ini. Terjahan kasar, sepakan tidak sampai dan terlalu robust menyebabkan Badrol bakhtiar banyak membawa masuk bola ke dalam kotak penalti Kelantan. Husien Alaa dan Farisham pula seperti biasa masih tidak serasi meskipun sudah hampir 6 bulan beraksi bersama. 

Pada awal permainan, Boateng memang dilihat menerapkan taktikal bertahan dengan gan dan shawky dilihat banyak bermain di DMC bagi mengekang serangan Kedah. Piya pula dihadapan mereka dengan harapan dapat mengatur serangan kepada Fakri, Doe dan Izuan. Izuan sedikit kecewa malam ini. fakri juga tenggelam. Doe masih lagi tidak berfungsi dengan baik sebagai target man. Tetapi sepatutnya Boateng sudah dapat memahami role sebenar Doe, Doe lebih sesuai sebagai Advance Forward. Izuan lebih kepada Defensive Forward. Hanya Kecik dan Wan Zack yang betul-betul natural winger. Fakri lebih kepada Inside Forward. 

Dengan penerapan taktikal bertahan, Piya lebih berfungsi kepada CM dan dilihat tidak banyak dapat bergerak dan membuat hantaran di tengah padang. Kedah bijak membaca dan menggunakan  badrol dan khril muhaimen. Mehmet dan Woong pula acapkali bertukar tempat bagi mengelirukan pertahanan kelantan. 2 gol kedah berpunca pada salah faham pertahanan Kelantan. Gan tidak dapat tampan dengan bola menyebabkan bola dapat kepada pemain kedah. Husien Alla tidak dapat membuat hantaran bola yang baik keluar daripada kotak penalti dan gol yang ketiga memang satu kekalutan pertahanan.

Boateng cuba menerapkan corak serangan tetapi perlu diingat, skuad Kelantan tidak mempunyai fitness dan masih lagi kekurangan tonggak di pertahanan. Piya hanya sesuai bermain sebagai AMC. Dia perlukan DMC yang dapat melindungi setiap masa di tengah padang. Serangan separuh masa kedua dengan kemasukan Kecik banyak menghidupkan serangan kelantan. kecik bijak mengelecek dan sekurang-kurangnya 4 kali kecik berjaya memperdayakan pertahanan kelantan. Dalam perlawanan sebegini, barulah kelibat Ghaddar yang sentiasa bijak menghidu peluang dalam kotak penalti dirindui. Fakri pula sangat mengecewakan malam ini. Fakri patut lebih matang dan mengawal emosi. Disaat Kelantan masih lagi berpeluang untuk layak, dia merobek keyakinan rakan-rakan perjuangan. Boateng juga masih lagi memberi kepercayaan kepada Fitri Omar untuk mengawal bek kiri meskipun Fitri lebih sesuai bermain diatas. Fitri masih kurang skil bertahan berbanding Roypy.
Secara analisisnya, kedah memang layak menang perlawanan malam ini. tetapi jika dilihat kepada persembahan kecik dan Wan zack pada separuh masa kedua, dua winger yang sangat berpotensi dan jika disesuaikan dengan taktikal yang betul, mereka berdua bukan saja dapat membawa kemenangan kepada kelantan, tetapi mampu untuk menyarung jersi negara.

tahniah kepada Kedah dan Felda malam ini. Misi 33 diteruskan lagi musim depan. Misi membina Kelantan kembali . Penyusunan semula pengurusan akan bermula setelah TSAM dapat bertugas balik. Untuk mengekalkan keserasian, amat lah penting Kelantan tidak membuat perubahan yang besar dalam senarai barisan pemain untuk musim depan. Pok Nik perlu bermain di pertahanan tengah seperti yang dia buktikan ketika bersama Obinna sebelum ini. Gan pemain versatile tetapi perlu lebih memahami pergerakan Piya. Shawky mungkin keluar. Pertahanan tengah yang baru perlu dicari. Farisham perlu di'rotate'. Kecik dan Wan Zack perlu diberi kebebasan dan mungkin diberi tempat sebagai inside forward. Seorang penyerang poacher atau target man perlu dicari. gaya perlawanan kelantan lebih kepada realistik. Corak total football Belanda tidak sesuai kepada Kelantan. Satu taktikal pragmatik lebih membuahkan hasil. Sathianathan buktikan sebelum ini. Bojan berjaya buktikan sebelum ini. 

Disaat pasukan lain mengatur taktik untuk saingan separuh akhir, Kelantan, Selangor dan mungkin akan diiringi Terengganu (JDT sudah pasti akan ke semi final dengan bantuan FAM) dan PDRM akan menyertai pasukan-pasukan lain mempersiapkan diri untuk musim baru. Para pemain mula menimbangkan tawaran. Mula memikirkan prospek untuk musim depan. Pengurusan mula mengatur perancangan. Penyokong mula mencari rumor pemain baru.

Untuk Kelantan, tahun baru akan sampai awal dari sebelum ini

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share