Wednesday, May 28, 2014

Wordful Wednesday - All of Quotes

40 Great Quotes about Friendship, Life, Love and Success
by stedas.
Explore more visuals like this one on the web's largest information design community - Visually.

Wednesday, May 21, 2014

Wordless Wednesday - What's For Breakfast

by BuzzFeed.
Explore more visuals like this one on the web's largest information design community - Visually.

Saturday, May 17, 2014

Dijemput Hadir Majlis Kami

Dijemput hadir, Rakan Taulan, Sahabat Handai, Sanak Saudara



Majlis bagi Pengantin Perempuan



Majlis bagi Pengantin lelaki
 




Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru

16 Mei..Semua orang dah tahu 16 mei setiap tahun adalah sambutan hari guru. Meraikan pengorbanan guru sebagai pendidik. Sentiasa orang akan cakap, tanpa guru, siapalah kita. 

Guru adalah insan yang sangat istimewa bagi setiap kita. Guru yang mengajar kita mengenai kehidupan. Sebab itu semua orang sangat menghargai kehadiran guru-guru dalam hidup masing-masing.

Aku rasa bertuah sebab aku dikurniakan guru-guru yang terbaik sejak aku kecil sehingga aku dewasa.Dan aku juga rasa bertuah diberikan peluang merasai pengalaman menjadi guru walaupun untuk jangka masa yang singkat. Aku beranggapan, definisi guru bukan sahaja terbatas kepada guru yang mengajar di sekolah tetapi meliputi kepada sesiapa yang mengajar kita kerana pembelajaran tidak akan pernah putus.

Guru yang ada disekolah atau pensyarah di universiti lebih kepada ilmu. Guru yang mengajar diluar kelas juga sangat besar peranan dan impaknya kepada seseorang manusia. bagi aku, sehingga ke hari ini, tugas menjadi guru sangat berat tetapi sangat berbaloi balasannya. tiada yang lebih puas hati apabila kita dapat mengajar seseorang dan anak murid tersebut dapat menggunakan ilmu kita dengan betul. 

Guru yang paling utama adalah ibu bapa kita. mereka mengajar kita sejak dari kecil sehingga besar.mengajar kita mengenal dunia. menjadi seorang manusia. 

Guru yang terbaik adalah pengalaman. pengalaman mematangkan kita. kita belajar ketika jatuh. kita belajar ketika di atas

Guru paling sabar adalah iman kita. manusia sentiasa berdepan dugaan dan bisikan serta hasutan. iman kita banyak mengajar kita. iman kita menunjukkan hala tuju yang betul sebagai hamba Allah

jika mahu disenaraikan guru-guru yang aku sangat sanjung dan hormat serta berterima kasih, rasanya penuh senarai tersebut. Aku sentiasa menyanjung guru-guru yang pernah mengajar aku. Walaupun sehingga kini, aku sentiasa hormat kepada guru-guru yang aku pernah kenal. dan aku akan sentiasa hormat dan sanjung guru-guru yang sedang berkhidmat. Guru bukan sekadar mendidik, mengajar tetapi lebih daripada itu. Dulu pensyarah aku sentiasa tekankan, teacher is an artist. guru boleh menjadi apa sahaja. Menjadi seorang ayah yang tegas. menjadi ibu yang penyayang. menjadi teman yang rapat. guru membentuk manusia. guru agama, guru bahasa, guru sukan, guru matematik, sekadar menyebut beberapa contoh, semua guru berperanan besar. Guru banyak berkorban. Aku dah rasai walaupun singkat. dan guru yang baik perlu disesuaikan dengan personaliti yang baik. ciri guru yang terbaik adalah sabar. bagi aku ini yang paling memainkan peranan. sangat penting.

Buat tunang yang sekarang menjadi guru, terima kasih atas sumbangan dan pengorbanan. Banyakkan bersabar. semoga sentiasa menjadi guru yang terbaik kepada anak murid. semoga terus menjadi guru yang mendidik anak bangsa tak kira masa dan tempat.

kepada semua guru-guru di luar sana, selamat hari guru, dan terima kasih.

 

Thursday, May 15, 2014

Pekerja yang bagus tak semestinya pelajar yang bagus

Alam pekerjaan. Satu alam yang menentukan haluan hidup. Ada yang ikut kehendak.ada yang ikut minat. ada yang redha dengan tanggungjawab. Ada yang tawakkal dengan tempat. Ada yang syukur dengan keperluan. ada yang ikut peluang. Ada yang sabar dengan takdir. Pendeknya, semua orang berkerja dengan pelbagai alasan dan pelbagai karenah.

Dalam pengalaman aku yang setahun jagung, aku perhatikan budaya kerja di swasta dan kerajaan amat berbeza. Rasenya semua dah ada persepsi masing-masing, dah rase sendiri.Tapi satu yang aku rasa sangat penting bagi pekerjaan adalah bagaimana personaliti pekerja itu memainkan peranan yang cukup besar. tak kisah la kerja kat apa-apa bidang sekalipun, personaliti tue memainkan peranan yang cukup besar malah personaliti memainkan peranan sebelum dapat kerja itu sendiri.

Pekerja yang bagus tak semestinya dia dapat 4.00 masa belajar. Bos yang bagus tak semestinya yang dah berpengalaman banyak. Orang atasan yang bagus tak semestinya juga yang dah belajar dari oversea dengan mendapat gelaran yang besar. Kadang-kadang personaliti tue yang membuatkan orang lain hormat. Nak dapatkan hormat daripada rakan sekerja, orang lain nie bukan perkara yang senang tapi juga bukan perkara yang sangat susah.

Dalam aku berkerja, dah berbagai orang aku jumpa. Aku dapat simpulkan orang yang senang bercakap, senang bergaul akan mudah mendapat kerja dan mudah membuat kerja. Cuba bayangkan orang yang jenis pendiam dan susah bergaul. Kalau dia pilih kerja dalam bidang yang tak perlukan pertolongan manusia lain takde masalah, tapi kebanyakkan bidang kerja nie pasti akan melibatkan interaksi dengan manusia lain.
memang betul apa yang agama kita ajar, senyuman itu sedekah, bila orang tengok kita senyum pun orang dah akan mula hormat dan senang untuk bergaul dengan kita. kalau dah nak senyum pun susah, maka susah la nak bergaul. Satu lagi cara kita bercakap. Benda nie tak akan diajar di mana-mana universiti ataupun sekolah. Cara kita bercakap nie orang bleh ajar teori je. yang praktikalnya datang dengan pengalaman, datang dengan macam mana kita bergaul dan macam mana kita berfikir. kalau kita berfikir positif, tak judge orang, maka kita akan senang bercakap dan senang guna laras bahasa mengikut orang yang kita jumpa.
Banyak aku jumpa orang yang tak sepadan dengan apa yang dia ada. kadang ada yang pangkat tinggi tapi bercakap macam dia je yang betul. Ada orang yang bawak reputasi baik, tapi bila mintak buat kerja, budak tingkatan lima dapat buat kerja yang lebih baik. Kadang-kadang kita sebagai manusia nie jangan sombong. jangan ego dengan apa yang kita ada. Dunia nie sementara. kejap je tuhan nak tarik. Sifir aku senang dan sentiasa aku pegang. Kita buat baik kat orang lain, orang lain akan buat baik kat kita balik.

jadi, aku sentiasa berpesan kat diri sendiri, sentiasa redha dengan apa yang ada, syukur dengan kurniaan tuhan, mohon yang terbaik dan buat baik kat orang sentiasa, tak kisah orang itu siapa.

Saturday, May 3, 2014

Meng"overhaul' Kelantan

Liga Super dah berehat selama 2 minggu. Steve Darby dah selamat di Astro. Boateng dah jejak kaki ke Stadium Kota Bharu. Kelantan dah selesai membuang 'nanah' seperti yang diperkatakan oleh Tan Sri Anuar Musa (TSAM). Sekarang para peminat The Red Warrior hanya menanti masa, Selasa nanti untuk melihat impak yang dibawa.

Dua pemain dibuang. Ghaddar, yang sebelum ini dikatakan dapat meneraju serangan Kelantan dah terbang ke lebanon. Obinna, jeneral bahagian pertahanan selama beberapa musim, dibuang dengan mendadak atas alasan disiplin dan prestasi. Satu kejutan kepada seluruh peminat. Rata-rata peminat sebelum ini beranggapan Forkey Doe yang akan digugurkan tetapi ternyata meleset. Prince tagoe akan bergandingan diatas dengan reputasi yang tak kurang hebatnya. Husien Alaa, pemain pertahanan untuk memenuhi kuota pemain import asia dibawa masuk dengan harapan menggantikan tempat Obinna. George Boateng diberi kepercayaan untuk pertama kali mengemudi kerusi panas yang ditinggalkan oleh Steve Darby. tetapi adakah overhaul ini akan berjaya?

Bukan sahaja para pemain baru dan jurulatih baru dibawah masuk, TSAM juga mengumumkan pelantikan beberapa penolong jurulatih kepada setiap bahagian bagi membantu George Boateng.Reputasi Boateng selaku bekas pemain Belanda dan masak dengan liga tempatan setelah bermain untuk Tteam tahun lepas ditagih oleh TSAM.Situasi Kelantan sekarang boleh dikatakan bermula dengan kosong kembali. tetapi jika semua ini dilakukan pada pra-musim tidaklah menjadi satu masalah tetapi yang menjadi masalah overhaul ini dilakukan pada pertengahan musim. Ibarat membaiki kereta rosak ditepi jalan disaat kereta-kereta lain sedang memecut laju dalam litar perlumbaan.

Aku tak bantah tetapi tidak juga menyokong overhaul yang dibuat ini. Secara kasarnya, Kelantan memang dalam proses pembinaan. Setelah ramai lagenda-lagenda keluar, Indra, Farhan, Daudus, Subra, Kelantan memang tempang pada awal musim. cuma yang menjadi pengubat adalah kehadiran Doe, Wan Zaharul, Amar ditambah Wan Zack, Brendan Gan dan Shawky.Sebenarnya senarai pemain kelantan tidak kurang hebatnya jika dibandingkan dengan pasukan-pasukan lain. Barisan serangan Kelantan jika diteliti masih kuat, tengah masih kebal jika diambil kira pengalaman diketuai Piya, Brendan Gan, Fitri Omar, Wan Zaharul, Shawky dan Amar. Cuma yang menjadi kerisauan adalah dibarisan pertahanan. Nik Shahrul sedikit tenggelam musim ini, Farisham diberi tugas lebih mencabar dan Roypy kembali merebut tempat ditambah kehadiran kembali Aziz Ismail dan pendedahan Tuan Faim. Sinar baru dalam pasukan Kelantan pastinya Khairul Izuan Rosli yang sudah menjaringkan beberapa gol penting. Jadi apa sebenarnya yang perlu dioverhaul oleh Boateng bagi menghadapi Piala FA, baki Liga Super dan persiapan bagi Piala Malaysia

Corak taktikal darby sering dikritik awal musim. Sistem 3-5-2 yang diterapkan dilihat begitu tidak menjadi dengan kelantan.Boateng menjanjikan permainan serangan yang sering diamalkan di Belanda, total football. Atau mungkin Boateng mampu memberikan taktikal tiki taka seperti Pep di Bayern. Jika dilihat kebelakangan ini, dengan kejayaan Atletico Madrid di Eropah dan Sepanyol, corak permainan pragmatik lebih sesuai untuk mencapai kejayaan. 
Aku berpendapat yang menjadi kunci bagi Kelantan beberapa musim sebelum ini adalah barisan tengah. Aku ulangi sekali lagi, ketiadaan Shakir amat dirasai dan dia adalah pemain DMC terbaik yang pernah kelantan kecapi. ketiadaan Shakir membuatkan Piya lemas. Piya tidak mampu menunjukkan prestasi yang sering diperkatakan oleh. Kapten Marvel tidak begitu menyerlah musim ini. Shawky bukanlah DMC seperti Shakir. Dia lebih kepada CM yang bertindak sebagai Box to Box. Shawky jika berfungsi dengan baik, ditemani pengalaman antarabangsanya, kelebihan sepakan padunya mampu membina keserasian yang sangat digeruni bersama Piya. Brendan Gan lebih sesuai juga disisi Shawky. Mempunyai skill individu yang baik, mampu menghantar bola dengan tepat dan bijak membaca pergerakan rakan. Piya, sejak dulu dan sekarang tidak mampu berfungsi sebagai CM dengan baik. Ditambah dengan corak permainan yang sudah dapat dibaca rata-rata pertahanan lawan, piya tenggelam bermain di CM. Piya sebenarnya AMC. Seorang AMC yang lebih bertindak sebagai Advance Playmaker. Dihadapan CM. Dibelakang Poacher/Target Man. Piya perlukan bola.Perlukan sokongan. Piya tidak mampu bergerak seorang. Lihat sebelum ini bagaimana Indra, Shakir, Farhan menjadi Piya sebagai kunci dalam serangan 3 segi. samada bermain passing 1-2 atau long ball, piya perlukan bola tetapi pada masa yang sama, kereta kebal mengawalnya dibahagian belakang.

Fakri tidak akan mampu menjadi seperti Farhan ataupun Indra dibarisan serangan. Fakri perlu menjadi Fakri. Dia mempunyai skill yang baik. Larian yang baik namun seringkali harapan yang tinggi menjadi dia lemas dan tidak mampu mencari sentuhan berbisa di hadapan pintu gol.Fakri lebih sesuai menjadi shadow striker. Hanya farhan yang mampu menjadi inside forward yang cukup bijak. Wan Zaharul Nizam antara nama yang cukup berbisa. meskipun dia sebelum ini banyak bermain sebagai winger, tetapi dibawah Darby, dia telah mampu menjadi inside forward. larian kencang, mampu mengelecek  dan menghasilkan gol jarak jauh. jika Wan Zaharul terus digilap diposisi berkenaan, nescaya dia akan dapat menggantikan tempat farhan.

Forkey Doe jika dilihat membawa reputasi yang cukup besar. namun tenggelam dengan corak permainan kelantan yang tidak sesuai dengan apa yang dia ada. Dia tidak mampu bersaing bagi bola atas. Doe mempunyai workrate yang tinggi. Larian masih lagi laju. Doe lebih sesuai diletakkan sebagai defensive forward. Doe perlu diberi kebebasan untuk turun ke bawah memberi tekanan kepada pertahanan lawan. Doe tidak sehebat Rangel ataupun Conti. Doe juga tidak segagah Dickson tetapi doe ada sesuatu yang mereka semua tidak ada. Doe perlukan sokongan moral. keyakinannya perlu ditingkatnya. Sokongan rakan sangat diperlukan untuk dia memperbaiki corak permainannya.

Dibarisan pertahanan, Husin Alaa berdepan tugas sukar menggantikan tempat Obinna. Menjadi general, ketua dibarisan bawah. Dia perlu bina keserasian dengan Apek. Dia perlu mengemudi Pok Nik, farisham dan Roypy. Dia perlu mengarah, mengatur. Tubuh badan lebih kurang Obinna tetapi mampukah pengalamannya membantu Kelantan. Farisham tidak sesuai diletakkan ditengah. Bagi aku Pok Nik lebih sesuai beraksi di pertahanan tengah. Farisham kurang serasi dengan DL dan DR. Seringkali salah faham berlaku. Roypy masih mencari rentak. Roypy tidak akan mampu menjadi sehebat daudsu tetapi Roypy boleh menjadi Roypy yang dahulu. Fullback yang tak kenal penat, yang bijak membantu serangan dan bijak mengawal pemain lawan. Aziz Ismail masih perlukan masa. Setelah berehat panjang, Dia masih mencari match fitness. Jika Aziz dapat kembali kepada prestasi lamanya, kelantan tidak akan berdepan masalah diposisi fullback. Pok Nik masih lagi dalam proses menjadi pemain yang hebat.namun musim ini, prestasinya tidak konsisten. Dia masih muda masih memerlukan sokongan dan didikan yang betul. Pok Nik mampu menjadi antara lagenda pertahanan bukan sahaja kepada Kelantan tetapi juga untuk negara. 

Bagi posisi Penjaga Gol, Apek masih lagi hebat. pengalamannya, kemahirannya sukar ditandingi. meskipun Izham (JDT) dan Azhan (Pahang) dua pemain meningkat naik sekarang ini lebih menyerlah, dari segi pengalaman, Apek masih ditahap atas. Kelantan sangat beruntung kerana Apek akan mengemudi gawang kelantan untuk jangka masa yang panjang.
Bagi barisan simpanan pula, Fitri omar sangat versatile. Dia dapat bermain dua/tiga posisi. memberi kelebihan kepada pasukan. Wan Zack dalam proses pemulihan, dan setelah dia betul-betul pulih, Fakri dan Wan Zaharul yang akan memanaskan bangku simpanan. Tuan Faim semakin meningkat dan mampu mencabar tempat Roypy, Pok Nik. Masih perlu didikan. Nazri pula bagi aku sangat tidak adil kepadanya. Dia mempunyai semangat yang tinggi. Dia perlu diberikan posisi yang sesuai. Jika kena pada posisinya, Nazri mampu malah lebih hebat daripada Farisham. Khairul Izuan Rosli pula bintang muda yang perlu digilap dan dijaga dengan baik. Pemain yang cukup bijak dan mempunyai karekter yang tersendiri.Dia perlu lebih banyak diberikan peluang. Dia mampu menjadi shadow striker yang baik satu masa nanti. Amar masih lagi lemas. lemas dalam melepaskan diri daripada bayangan Shakir. Dia perlu mencari identiti sendiri. Amar tidak sesuai menjadi anchor man. Amar lebih sesuai menjadi Half Back atau registra. Dia tidak mampu memecahkan serangan pihak lawan sehebat Shakir dan tidak mampu merebut bola tetapi dia mampu menjadi pintu kepada barisan lawan.perlu diperbaiki corak hantaran dan lebih banyak mendalami corak pergerakan pihak lawan.
Sebagai ringkasannya,bagi pandangan aku, jika tiada kecederaan, ini antara alternatif taktikal yang boleh digunapakai oleh Boateng.


 Apek
Fitri - Pok Nik - Husin - Roypy
 Gan - Shawky
 Wan Zaharul - Piya - Fakri
Doe

Apek
Nazri - Pok Nik - Husin - Farisham
Gan - Shawky
Fitri - Piya
Fakri - Tagoe

Apek
Fitri - Pok Nik - Husin - Roypy
Gan - Shawky- Piya
Fakri - Tagoe - Doe

 
Sekarang ini semua menantikan malam selasa nanti. perlawanan menentang Felda. Boateng akan mula berkhidmat dan berpeluang membuktikan kepakaranya.Peminat Red Warrior semua sudah tidak sabar.

Gomo Kelate Gomo.

Jom Share