Tuesday, July 14, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri


lagi 3 hari nak raya
persiapan tak gah
persiapan yang lagi besar lepas raya nanti
selamat memandu
selamat beropen house
selamat bersedekah duit raya


Saturday, July 11, 2015

Old School Inter

Back to the old ones.

it's out. Start saving some

Now, home or away?



Thursday, June 18, 2015

Best of the next season (2015/16) kit to watch for

Europe football season just ended last month, but the preparation for the next one had already started. Rumors, planning, fixtures and so on had already been talk about. But one of the most eagerly thing waited by the supporters have to be the kits. As usual, two main rival, Nike and Adidas will once again dominate the Europe. Now we shall look some of the eye catchy and one that should be buy come next august.

 Barca ditch the old strip but opted to go with vertical. in some way people hates this vertical as horizontal would be better but for the Treble Champion, its nice to go haywire sometimes
 Just plain old simple. Thats for sure. Bayern just go with their traditional red one. Simple, daring and a must.
 Inter opted back to their root. got many positive review. this one have to be book early.Simple. Nothing fancy. elegant as the strip resemble their culture, history
 New Balance will be the sponsor for the Kop starting next season. this particular long sleeve caught the eye as it look more into tshirt or sweater than a football kit. and thats a cool thing
 a slight alteration in the middle stripes. Nike keep it simple and root to stick with majorly last season design.a nice kit to have in your collection
 Real Madrid. Don't need any brief explanation. Just seeing the white and the emblem with fit to body design just making sure this kit is purposely for the best club.
a slight transition from last season. its cool by the way. anytime a club dare to cross their kit is something beautiful. Just look at As Roma this season.

Tuesday, April 14, 2015

Import Terbaru Kelantan 2015




Berita dalam seminggu ini banyak yang memperkatakan berkenaan Azraai Khor, jurulatih baru Kelantan yang mahu pemain import yang lebih kurang Paulo Rangel, Effa Owona ataupun Marlon Alex James. Kesemua import yang diperkatakan oleh Azraai memang dah terbukti sangat berkualiti dan mampu menjadi penentu antara kemenangan dan kekalahan dalam sesuatu perlawanan. Tan Sri Annuar Musa juga memberi jaminan bahawa Azraai mempunyai kebebasan untuk memilih pemain import yang dirasakan sesuai dengan corak taktikal Kelantan dengan matlamat untuk mengubah nasib Kelantan yang kini berada di tangga bawah Liga Super. Dengan perlawanan yang akan datang lebih mencabar, Kelantan sangat-sangat memerlukan sekurang-kurangnya dua pemain import yang dapat membantu merencanakan kembali nasib Kelantan.

Jika dilihat kepada tahun yang lepas-lepas, memang pemain import memberi impak sangat besar kepada sesebuah pasukan. Lihat saja Figueroa di JDT, Dickson kepada Pahang atau Rangel di Selangor. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi tapi persembahan mereka menjadi pemangkin kepada kemenangan pasukan masing-masing. Bukan menidakkan kemampuan pemain tempatan, tetapi keserasian antara pemain import dan tempatan itu yang paling penting. 

Kalau dilihat pada situasi sekarang, barisan tengah Kelantan paling mengkehendaki pemain import yang berkualiti.Piya sangat perlu seorang partner yang dapat mengawal asakan lawan disamping mencorak serangan. Barisan depan Kelantan sudah baik walaupun tidak dapat menghasilkan banyak gol. Carrilo mempunyai kelibat selaku penyerang yang hebat walaupun masih lagi bergelut mencetak jaringan. Namun masalah sebenar adalah dibarisan tengah. Awal musim dapat dilihat Pupo mampu menjadi midfield jeneral bagi Kelantan tapi lama-kelamaan dia seperti hilang arah dan ketandusan idea. Pacho pula memang dilihat berusaha untuk menjaringkan gol tetapi setelah 6 perlawanan terbukti dia tidak sesuai untuk bermain dengan Kelantan yang lebih banyak menggunakan taktikal possession. Kelantan memang memerlukan seorang penyerang yang laju agar serangan yang dilancarkan lebih berbisa. Kelantan juga memerlukan seorang penyerang target man yang dapat mengawal bola dan mengatur serangan kepada bahagian tepi padang. 

DIharapkan dengan rumor yang banyak tersebar beberapa pemain import yang diuji, Azraai dapat menilai dan terus menggunakan serta memuktamadkan pemain import yang menggantikan Pacho dan Pupo. Lebih cepat Azraai dan barisan jurulatih mengenalpasti pemain import yang dapat mengikuti corak taktikal Kelantan serta scenario liga tempatan, lebih cepat Kelantan dapat berusaha untuk mengubah nasib mendaki kembali liga. Dengan Piala FA yang semakin menghampiri kepada Separuh Akhir, Kelantan perlu kembali ke landasan kemenangan untuk sekurang-kurangnya membuktikan bahawa Kelantan masih lagi sebuah pasukan yang patut digeruni.

Saturday, April 11, 2015

Analisis dan Jangkaan Kelantan 2015




Kelantan 0 – Pahang 2



Itu keputusan yang terpampang di scoreboard elektronik stadium keramat Kelantan di kota bharu. Keputusan yang bagi sesetengah orang sudah dapat dijangka. Penyandang Piala Malaysia menang di tempat lawan. Kelantan yang dulu sangat sukar ditewaskan di kota bharu, kulai, layu, tak bermaya.
Kalau hendak dianalisis perlawanan tadi, aku suka menyokong ulasan Azraai Khor sebelum nie, penentu perlawanan adalah pemain import. Dua gol Pahang adalah daripada pemain import mereka. Kelantan sebelum heboh berkenaan pengguguran pupo dan pacho tapi tetap diturunkan pada malam nie. Azraai memang menyukai taktik 4-4-2. Pacho bersama carrillo. Piya bersama pupo di tengah. Paan dan Kecik membantu sayap. Mckain, hafiz, pok nik dan hazrul. Jika dalam kertas, kesebelasan ini sudah boleh menyaingi mana-mana pasukan. Tapi berdasarkan kepada keputusan sebelum nie serta corak permainan, Kelantan tidak lagi boleh dianggap kuat

30 minit pertama perlawanan sangat seimbang. Kelantan banyak menyerang dengan carrilo lebih banyak turun ke bawah. Pacho berseorang di atas. Paan lebih bertindak sebagai Wide Man walhal posisi kegemarannya adalah inside forward. Kecik walaupun bertindak winger tapi kurang diberikan bola. Azraai sering menekankan short pass tapi short pass yang dapat dilihat adalah separuh padang. Apabila bola sampai ke pupo ataupun piya, serangan tidak menjadi.Carrilo ada membuat dua tiga percubaan. Pacho juga sama.Paan dapat melepas benteng pertahanan Pahang tapi sengatnya sepertimana bermain di Terengganu tahun lepas atau di zaman treble Kelantan tidak kelihatan. Malang menimpa apabila Kelantan seakan sudah dapat menembus sedikit pertahanan Kelantan menerusi serangan berpusat kepada Carrilo, dia pula yang cedera. Azraai memasukkan Iwe Seli. Pemain muda. Iwe seli sebelum separuh masa pertama tamat, berani melakukan beberapa percubaan jauh yang menepati sasaran.

Pahang seperti biasa, di zaman Dollah Salleh, dan Zainal lebih gemar membuat serangan dari tepid an menggunakan target man Dickson. Dickson sangat kental tapi mujur Mc Kain dan Hafiz pandai mengawalnya. Tetapi Gopi , pemain lincah sering terlepas dan bijak membuat larian dari tepi padang.
Gol pertama Pahang berpunca daripada tandukan damion Steward, seorang lagi pemain import tegap yang tidak dikawal setelah sepakan percuma di jarak 2 meter daripada kotak penalty Kelantan. Kelantan tersentak. Barisan tengah Kelantan masih lagi longgar. Piya seringkali hilang bola. Pupo seakan putus idea. Barisan serangan Kelantan tidak begitu sistematik dengan pacho dan iwe seli tidak dapat membaca gerakan-gerakan yang dihantar dari tengah padang.

Corak permainan short pass dapat berjaya sekiranya setiap pemain tahu dan sedar di mana rakannya berada sebelum bola sampai ke kaki mereka. Apa yang terjadi pada Kelantan malam ini adalah pemain hilang arah apabila bola sampai dan dihimpit oleh pemain Pahang. Piya seorang pemain tengah yang malas, itu memang sudah diakui sejak dulu lagi. Semua faham Piya perlukan partner DMC yang dapat membantu dia daripada diasak oleh pemain lawan. Kecik dan Paan perlu hantaran daripada Piya. Tetapi malam ini serba tak menjadi. Pemain seolah hilang semangat. Walaupun tidak banyak kesilapan mudah seperti yang berlaku di Kl sebelum ini tapi Kelantan tidak mengambil peluang dengan sebaik mungkin di bahagian tengah. Hafiz kamal bijak mematahkan serangan pupo dan piya. Dan sekali lagi orang besi, Dickson menghukum Kelantan dan menghadiahkan gol kedua kepada Pahang. 

Kemasukan fitri omar dan farisham pada separuh masa kedua tidak banyak membantu serangan Kelantan. Dari segi pertahanan, pada malam ini sebenarnya boleh dikatakan baik kerana dapat mengawal matias conti dan Dickson dengan baik. Cuma bahagian tengah Kelantan yang ketandusan idea. Dengan corak 4 flat, winger laju Kelantan tidak digunakan sepenuhnya. Aku masih berpendapat Wan Zack dan Kecik lebih berbisa sekiranya bermain sebagai winger dan bukan sebagai inside forward. Paan sudah hilang kelajuannya untuk bermain winger, dia lebih sesuai menjadi advance forward. Paan lebih gemar untuk menerima hantaran-hantaran pendek daripada tengah untuk dihalakan kepada penyerang atas. Dan keputusan malam ini pastinya menoktahkan pengguguran pacho dan pupo. Kelantan perlu pemain import yang lebih rajin, dan bijak. Pemain import yang dapat memberi inspirasi kepada pemain tempatan. Sukar mencari target man seperti Dickson tetapi sekurangnya dapat mencari penyerang poacher yang bijak menghidu peluang seperti ali ashfaq sudah bagus untuk membawa Kelantan keluar daripada tangga bawah liga super. Dengan deretan perlawanan Piala FA dan liga (bertemu JDT minggu hadapan) azraai perlu mencari formula baru. Mungkin Kelantan tidak sesuai untuk bermain 442. Masalah dibahagian tengah Kelantan ialah ketiadaan DMC yang dapat mengekang serangan pihak lawan. Bojan dan Sathia dulu bermain 451 yang sering ditukar menjadi 433 dengan indra dan paan bijak mencari ruang menghasilkan gol. Sekiranya diberi peluang, carrilo dapat beraksi dengan bantuan paan dan kecik dibahagian atas dengan syarat, bahagian tengah lebih sabar untuk bermain short pass. Piya sebagai midfield center perlu lebih peka kedudukan rakannya dan perlu lebih rajin untuk membuka peluang bukan sekadar menanti bola dan menghantar ke attacking third padang. 

Sekarang, Tan Sri Annuar Musa dan Azraai perlu berbincang dan berfikir secara mendalam untuk menggantikan pemain import. Kehadiran pemain import baru dapat menentukan pencapaian Kelantan bagi liga tahun ini. Dan sekiranya gagal, Kelantan boleh mencongak untuk bermain di Liga Perdana pada musim hadapan.

Tuesday, April 7, 2015

Kerja Stress atau Stress Kerja

Stress.. boleh dikatakan semua orang yang berkerja akan mengalami stress. dengan pelbagai tahap dan cara mengatasi serta mengawalnya, stress merupakan satu gejala atau fenomena yang semakin membimbangkan. Seiring dengan negara kita yang semakin melangkah ke arah negara maju (?), ramai yang memperkatakan berkenaan stress di tempat kerja.
Kalau hendak membicarakan lebih lanjut berkenaan stress, sebenarnya stress itu sendiri adalah satu tingkah laku atau perkara yang terjadi yang diluar daripada keupayaan dan kemampuan kita.

"According to the current World Health Organization's (WHO) definition, occupational or work-related stress "is the response people may have when presented with work demands and pressures that are not matched to their knowledge and abilities and which challenge their ability to cope"

Tak kisah dalam sektor awam atau swasta, stress boleh dirasai di mana-mana saja. dan sebenarnya banyak faktor yang menyumbang kepada stress. antaranya adalah;
  1. gaji dan upah yang rendah (tidak sepadan dengan kerja yang dibuat)
  2. bebanan tugasan yang melampau
  3. peluang yang nipis untuk prospek kerjaya atau senang cerita, kenaikan jawatan atau pangkat
  4. kerja yang tidak mencabar atau terlalu mendatar
  5. kekurangan sokongan sosial (saudara, keluarga atau kawan)
  6. tidak mempunyai kawalan yang sepatutnya kepada pembuatan keputusan bagi sesuatu tindakan
  7. keperluan yang bercelaru atau pengharapan pencapaian yang tidak jelas

Kalau hendak diperhatikan daripada antara contoh-contoh stress di tempat kerja diatas, kalau di malaysia ini, memang boleh dikatakan hampir semua faktor tersebut ada di tempat kerja bagi sektor awam. Dan memang kena akui, sememangnya kerja kerajaan di negara kita memang sangat stress.Cuma bagaimana seseorang individu tersebut mengawal dan mencegah stress daripada menjadi terlalu besar menjadi rahsia dan kepandaian masing-masing.
Kita lihat sepintas lalu dalam sektor awam banyak atau tidak faktor-faktor seperti yang telah disebutkan ;

  1. gaji dan upah yang rendah - yang nie memang diakui. gaji basic kalau nak bandingkan memang rendah. tak perlu kita tengok jauh-jauh.tengok kepada kelayakan.ramai pekerja sambilan harian yang kerja dengan gaji berdasarkan level spm atau diploma walhal dia ada ijazah dan diberikan bebanan kerja ijazah. tambahan lagi, pembayaran gaji bagi diorang lambat.mana-mana manusia akan stress kalau macam tue
  2. bebanan tugas yang melampau - siapa kata kerja kerajaan dapat goyang kaki. bukan semua dapat rileks, borak2. malah dalam sektor awam pun sama. ada sesetengah kerja kerajaan memang sangat sibuk.lebih-lebih lagi yang melibatkan orang ramai.kalau dah tiap-tiap hari sibuk dan serabut dengan kerja, siapa tak stress kan?
  3. peluang tipis - yang nie rasanya ramai akan setuju. kita ambil contoh satu agensi kerajaan. sistem di kerajaan adalah berpencen. dan lebih kurang piramid. selagi yang diatas tak pencen atau ditukarkan kemana-mana, yang dibawah tidak akan naik. dan selalunya juga, nak naik atas nie berdasarkan kepada seniority.siapa yang dapat tahan stress kalau berbelas tahun masih lagi di takuk lama sampai gaji pun dah maksimum?
  4. kerja tidak mencabar -  situasi ini sangat tepat dengan sektor awam.mana taknya, sistem hr dalam kerajaan itu sendiri yang membuatkan skop dan gerak kerja pekerja jadi tidak mencabar dan mendatar.tiap-tiap hari buat kerja yang sama.setahun demi tahun. lama-lama akan jadi stress.
  5. kekurangan sokongan sosial - yang ini tak bleh nak bezakan antara mana-mana sektor.sebabnya terserah kepada setiap individu. kepada yang beragama, agama yang dianuti dah ada peraturan dan nasihat yang berguna berkenaan kerja.ada orang alim dulu-dulu cakap, kerjalah engkau seolah-olah kau akan hidup selama-lamanya tapi beribadatlah engkauh seolah-olah kau akan mati esok hari.
  6. tidak mempunyai kawalan yang sepatutnya - poin ini sangat berkait dengan poin no 3 dan 4. dalam sektor awam, geng pengurusan tertinggi, ketua-ketua sangat berkuasa. kalau dia katakan bahawa 2+3 bersamaan 6 maka 6 lah jawapannya. kita tak bleh nak betulkan atau menyanggah.budaya kerja di negara kita masih lagi ditahap negara membangun. kita belum lagi capai budaya dimana tempat kerja adalah suasana yang produktif dengan sumbangan idea dan percanggahan pendapat bagi penambahbaikkan. lihat kepada mesyuarat-mesyuarat sektor awam. pengerusi lebih banyak bercakap dan buat keputusan. ahli mesyuarat sekadar cukup syarat kehadiran dan mengiyakan setiap keputusan.memang akan stress.
  7. pengharapan pencapaian yang tidak jelas - contoh termudah kita lihat betapa haru birunya sistem pendidikan kita yang sentiasa berubah.sekejap belajar dalam english.kemudian tukar sekolah jadi kolej vokasional. tukar silibus. tukar sistem exam. tukar bahan sekolah.semua bertukar ganti. yang tetap sama, sekolah masih di takuk sama, budak keluar u tetap sama dan ramai yang menganggur.kerajaan mengharap yang lain. kita, pelajar, guru kena capai benda yang lain. semua stress, guru, anak murid, ibubapa, pentadbir pendidikan.

jadi daripada semua tue, dapatlah  disimpulkan bahawa memang kerja di sektor awam nie tak semudah yang disangka. memang banyak stress.stress kalau tak dikawal dengan baik sangat membahayakan bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain.jadi, kawallah stress dengan baik. banyak cara nak kurangkan stress, tapi jangan semata-mata post dalam fb atau twitter dengan harapan stress akan hilang. stress orang lain pula yang timbul akibat post tadi.

Jom Share