Saturday, April 11, 2015

Analisis dan Jangkaan Kelantan 2015




Kelantan 0 – Pahang 2



Itu keputusan yang terpampang di scoreboard elektronik stadium keramat Kelantan di kota bharu. Keputusan yang bagi sesetengah orang sudah dapat dijangka. Penyandang Piala Malaysia menang di tempat lawan. Kelantan yang dulu sangat sukar ditewaskan di kota bharu, kulai, layu, tak bermaya.
Kalau hendak dianalisis perlawanan tadi, aku suka menyokong ulasan Azraai Khor sebelum nie, penentu perlawanan adalah pemain import. Dua gol Pahang adalah daripada pemain import mereka. Kelantan sebelum heboh berkenaan pengguguran pupo dan pacho tapi tetap diturunkan pada malam nie. Azraai memang menyukai taktik 4-4-2. Pacho bersama carrillo. Piya bersama pupo di tengah. Paan dan Kecik membantu sayap. Mckain, hafiz, pok nik dan hazrul. Jika dalam kertas, kesebelasan ini sudah boleh menyaingi mana-mana pasukan. Tapi berdasarkan kepada keputusan sebelum nie serta corak permainan, Kelantan tidak lagi boleh dianggap kuat

30 minit pertama perlawanan sangat seimbang. Kelantan banyak menyerang dengan carrilo lebih banyak turun ke bawah. Pacho berseorang di atas. Paan lebih bertindak sebagai Wide Man walhal posisi kegemarannya adalah inside forward. Kecik walaupun bertindak winger tapi kurang diberikan bola. Azraai sering menekankan short pass tapi short pass yang dapat dilihat adalah separuh padang. Apabila bola sampai ke pupo ataupun piya, serangan tidak menjadi.Carrilo ada membuat dua tiga percubaan. Pacho juga sama.Paan dapat melepas benteng pertahanan Pahang tapi sengatnya sepertimana bermain di Terengganu tahun lepas atau di zaman treble Kelantan tidak kelihatan. Malang menimpa apabila Kelantan seakan sudah dapat menembus sedikit pertahanan Kelantan menerusi serangan berpusat kepada Carrilo, dia pula yang cedera. Azraai memasukkan Iwe Seli. Pemain muda. Iwe seli sebelum separuh masa pertama tamat, berani melakukan beberapa percubaan jauh yang menepati sasaran.

Pahang seperti biasa, di zaman Dollah Salleh, dan Zainal lebih gemar membuat serangan dari tepid an menggunakan target man Dickson. Dickson sangat kental tapi mujur Mc Kain dan Hafiz pandai mengawalnya. Tetapi Gopi , pemain lincah sering terlepas dan bijak membuat larian dari tepi padang.
Gol pertama Pahang berpunca daripada tandukan damion Steward, seorang lagi pemain import tegap yang tidak dikawal setelah sepakan percuma di jarak 2 meter daripada kotak penalty Kelantan. Kelantan tersentak. Barisan tengah Kelantan masih lagi longgar. Piya seringkali hilang bola. Pupo seakan putus idea. Barisan serangan Kelantan tidak begitu sistematik dengan pacho dan iwe seli tidak dapat membaca gerakan-gerakan yang dihantar dari tengah padang.

Corak permainan short pass dapat berjaya sekiranya setiap pemain tahu dan sedar di mana rakannya berada sebelum bola sampai ke kaki mereka. Apa yang terjadi pada Kelantan malam ini adalah pemain hilang arah apabila bola sampai dan dihimpit oleh pemain Pahang. Piya seorang pemain tengah yang malas, itu memang sudah diakui sejak dulu lagi. Semua faham Piya perlukan partner DMC yang dapat membantu dia daripada diasak oleh pemain lawan. Kecik dan Paan perlu hantaran daripada Piya. Tetapi malam ini serba tak menjadi. Pemain seolah hilang semangat. Walaupun tidak banyak kesilapan mudah seperti yang berlaku di Kl sebelum ini tapi Kelantan tidak mengambil peluang dengan sebaik mungkin di bahagian tengah. Hafiz kamal bijak mematahkan serangan pupo dan piya. Dan sekali lagi orang besi, Dickson menghukum Kelantan dan menghadiahkan gol kedua kepada Pahang. 

Kemasukan fitri omar dan farisham pada separuh masa kedua tidak banyak membantu serangan Kelantan. Dari segi pertahanan, pada malam ini sebenarnya boleh dikatakan baik kerana dapat mengawal matias conti dan Dickson dengan baik. Cuma bahagian tengah Kelantan yang ketandusan idea. Dengan corak 4 flat, winger laju Kelantan tidak digunakan sepenuhnya. Aku masih berpendapat Wan Zack dan Kecik lebih berbisa sekiranya bermain sebagai winger dan bukan sebagai inside forward. Paan sudah hilang kelajuannya untuk bermain winger, dia lebih sesuai menjadi advance forward. Paan lebih gemar untuk menerima hantaran-hantaran pendek daripada tengah untuk dihalakan kepada penyerang atas. Dan keputusan malam ini pastinya menoktahkan pengguguran pacho dan pupo. Kelantan perlu pemain import yang lebih rajin, dan bijak. Pemain import yang dapat memberi inspirasi kepada pemain tempatan. Sukar mencari target man seperti Dickson tetapi sekurangnya dapat mencari penyerang poacher yang bijak menghidu peluang seperti ali ashfaq sudah bagus untuk membawa Kelantan keluar daripada tangga bawah liga super. Dengan deretan perlawanan Piala FA dan liga (bertemu JDT minggu hadapan) azraai perlu mencari formula baru. Mungkin Kelantan tidak sesuai untuk bermain 442. Masalah dibahagian tengah Kelantan ialah ketiadaan DMC yang dapat mengekang serangan pihak lawan. Bojan dan Sathia dulu bermain 451 yang sering ditukar menjadi 433 dengan indra dan paan bijak mencari ruang menghasilkan gol. Sekiranya diberi peluang, carrilo dapat beraksi dengan bantuan paan dan kecik dibahagian atas dengan syarat, bahagian tengah lebih sabar untuk bermain short pass. Piya sebagai midfield center perlu lebih peka kedudukan rakannya dan perlu lebih rajin untuk membuka peluang bukan sekadar menanti bola dan menghantar ke attacking third padang. 

Sekarang, Tan Sri Annuar Musa dan Azraai perlu berbincang dan berfikir secara mendalam untuk menggantikan pemain import. Kehadiran pemain import baru dapat menentukan pencapaian Kelantan bagi liga tahun ini. Dan sekiranya gagal, Kelantan boleh mencongak untuk bermain di Liga Perdana pada musim hadapan.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share