Okey..disebabkan semangat menulis untuk aktifkan blog
kembali rancak.hari nie saja dah tiga post.dah kata nak aktifkan balik.jadi
betul-betul aktif la kan
April dah masuk, senang cerita aku guna point, sebab macam
banyak benda je nak masuk nih
- Bulan april tak banyak cuti yang ada. Cuti sekolah takde.cuti umum pun takde. Jadi untuk yang kerja tue, bulan nie bulan terbaik nak gunakan cuti rehat tahunan
- Bulan nie bagi kebanyakkan UA (singkatan baru bagi IPTA atau university kerajaan) akan mengalami penstrukturan baru samada bagi pentadbiran ataupun akademik. Tempat kerja aku sendiri akan mengalami penstrukturan yang boleh dikatakan agak besar dimana banyak unit, pusat dan bahagian akan berganti ketua dan almaklum sendiri yang bila ketua ditukar, secara automatiknya pegawai dan staf dibawahnya akan juga ditukar.Jadi bulan nie akan sedikit hectic dengan new polisi, new rules, new aims.
- Okey, minggu lepas terlepas FF7 (orang beratur panjang jadi malas nak join sekali). FF7 memang sangat ditunggu orang dengan promosi Hollywood yang gempak gila dan ditambah dengan tragedy paul walker. Setakat hari ini, ramai cakap ok lah filem die, tak kurang juga cakap sangat ok. Dah set dengan orang rumah, kalau berkebetulan naik pusing-pusing di Kuantan tue, masuk lah tengok FF7, kalau penuh jugak simpan lagi.
- Tapi 2 minggu lagi dah diset dalam calendar. Avengers 2 age of ultron. Yang nie memang tak leh miss dan kalau boleh nak book awal-awal. Dalam calendar dah set, nanti hari kejadian nak senang online je.
- Untuk peminat bola, bulan nie memang bulan yang boleh dikategorikan sampai muntah bola. Sebabnya liga tempatan kembali bersambung, liga super dan suku akhir piala fa. Untuk eropah pula, kebanyakkan liga utama dah semakin ke penghujung. Bayang-bayang siapa juara dah semakin Nampak. Tinggal lagi kalau ada kejutan kalau mereka-mereka yang tak percaya kepada statistic dan perkiraan angka.
- Tapi yang sangat bising bulan nie adalah GST. Pusing-pusing satu Malaysia memang semua akan cakap pasal benda nie. Sebabnya takde orang yang terlepas dengan GST nie atau mungkin adalah golongan-golongan tertentu yang kaki terapung dan jasad memang tak disentuh oleh kerajaan yang tidak terkesan dengan GST? Semua ada pandangan. Semua ada pengalaman tersendiri. Semua boleh nilai sendiri. Sekarang satu je persoalan bagi aku, how soon we can expect to see the benefit of all these taxes? Tak kisahlah nak banding dengan negara lain. Tak kisah lah nak letak hadis-hadis mana. How soon?
- Bulan nie juga dari ramalan cuaca, kemarau akan berterusan lagi. Air kena minum banyak. Aircond terpasang sentiasa. Kesihatan kena sentiasa jaga.
8.
Cukup 7 dulu. Ada lagi kita tambah balik.
No comments:
Post a Comment
berkata-kata lah sesuka hati....