Tuesday, April 14, 2015

Import Terbaru Kelantan 2015




Berita dalam seminggu ini banyak yang memperkatakan berkenaan Azraai Khor, jurulatih baru Kelantan yang mahu pemain import yang lebih kurang Paulo Rangel, Effa Owona ataupun Marlon Alex James. Kesemua import yang diperkatakan oleh Azraai memang dah terbukti sangat berkualiti dan mampu menjadi penentu antara kemenangan dan kekalahan dalam sesuatu perlawanan. Tan Sri Annuar Musa juga memberi jaminan bahawa Azraai mempunyai kebebasan untuk memilih pemain import yang dirasakan sesuai dengan corak taktikal Kelantan dengan matlamat untuk mengubah nasib Kelantan yang kini berada di tangga bawah Liga Super. Dengan perlawanan yang akan datang lebih mencabar, Kelantan sangat-sangat memerlukan sekurang-kurangnya dua pemain import yang dapat membantu merencanakan kembali nasib Kelantan.

Jika dilihat kepada tahun yang lepas-lepas, memang pemain import memberi impak sangat besar kepada sesebuah pasukan. Lihat saja Figueroa di JDT, Dickson kepada Pahang atau Rangel di Selangor. Mereka ini dibayar gaji yang tinggi tapi persembahan mereka menjadi pemangkin kepada kemenangan pasukan masing-masing. Bukan menidakkan kemampuan pemain tempatan, tetapi keserasian antara pemain import dan tempatan itu yang paling penting. 

Kalau dilihat pada situasi sekarang, barisan tengah Kelantan paling mengkehendaki pemain import yang berkualiti.Piya sangat perlu seorang partner yang dapat mengawal asakan lawan disamping mencorak serangan. Barisan depan Kelantan sudah baik walaupun tidak dapat menghasilkan banyak gol. Carrilo mempunyai kelibat selaku penyerang yang hebat walaupun masih lagi bergelut mencetak jaringan. Namun masalah sebenar adalah dibarisan tengah. Awal musim dapat dilihat Pupo mampu menjadi midfield jeneral bagi Kelantan tapi lama-kelamaan dia seperti hilang arah dan ketandusan idea. Pacho pula memang dilihat berusaha untuk menjaringkan gol tetapi setelah 6 perlawanan terbukti dia tidak sesuai untuk bermain dengan Kelantan yang lebih banyak menggunakan taktikal possession. Kelantan memang memerlukan seorang penyerang yang laju agar serangan yang dilancarkan lebih berbisa. Kelantan juga memerlukan seorang penyerang target man yang dapat mengawal bola dan mengatur serangan kepada bahagian tepi padang. 

DIharapkan dengan rumor yang banyak tersebar beberapa pemain import yang diuji, Azraai dapat menilai dan terus menggunakan serta memuktamadkan pemain import yang menggantikan Pacho dan Pupo. Lebih cepat Azraai dan barisan jurulatih mengenalpasti pemain import yang dapat mengikuti corak taktikal Kelantan serta scenario liga tempatan, lebih cepat Kelantan dapat berusaha untuk mengubah nasib mendaki kembali liga. Dengan Piala FA yang semakin menghampiri kepada Separuh Akhir, Kelantan perlu kembali ke landasan kemenangan untuk sekurang-kurangnya membuktikan bahawa Kelantan masih lagi sebuah pasukan yang patut digeruni.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share