Saturday, January 27, 2018

Review Tombiruo Penunggu Hutan

Tombiruo

Sebuah filem adaptasi daripada novel Ramlee Awang Murshid (RAM). aku baru berkesempatan untuk tonton filem ini yang dibintangi oleh nama-nama pelakon superstar malaysia, Farid Kamil, MNasir, Nabila Huda, Zul Ariffin dan ramai lagi.
 Filem ini keluar pada tahun lepas dan novel pulak pada tahun 1998. kalau berdasarkan rekod, filem ini berjaya kutip RM 5 juta. satu angka yang boleh dibanggakan dengan mengambil kira senario filem tempatan.
Filem ini dari segi promosi memang meletup dan dari segi fan base asal novelis RAM boleh dikatakan agak meletup tapi masih belum cukup untuk tarik minat orang yang tak pernah baca novel RAM.

ok, novel nie dah pernah aku baca dulu tapi dah lama sekitar lepas SPM. tombirou satu dan dua serta tiga aku dah baca semua. ingat2 lupa. satu novel yang sangat baik serta memang mengangkat nama RAM sebagai pakar thriller malaysia. cumanya novel yang terbaik bagi aku adalah Mandatori dan ADAM.

dari segi filem, agak susah bagi mana-mana team produser serta penulis skrip untuk mengadaptasi sepenuhnya apa yang ada dalam novel. filem hebat hollywood pun sendiri tak dapat nak hidupkan 100 peratus apa yang ada dalam novel. bagi tombiruo pulak, aku boleh katakan 60 peratus watak serta plot adalah hampir dengan novel. salah satu kelemahan adalah penghayatan watak serta kedekut untuk jalankan kajian.

dalam novel watak amiruddin sangat percaya pada Allah dengan diucapkan dengan kalimah2 keagamaan. peranan watak pembantu juga penting untuk mengheret penonton kepada senario sebenar serta menghayati kerancakan plot.
dalam filem tersebut, boleh dikatakan perjalanan plot yang menghampiri kepada klimaks adalah sangat cepat. watak faizal hussin contohnya sebenarnya perlu lebih diolah dan diceritakan kerana watak beliau adalah tunjang bagi penonton mengetahui dengan lebih dekat siapa sebenarnya tombiruo. watak amiruddin pula sebenarnya bukan hero kedua atau hero ketiga. tetapi sebenarnya watak amiruddin adalah cermin bagi watak tombiruo. dalam novel, mana-mana pembaca yang mengikuti rapat watak tombiruo pasti tahu yang watak amiruddin lah yang memberi nafas baru kepada ejim iaitu tombiruo.

dari segi aksi , pengarah memang sangat superb bagi tahap negara ini .siap ada style matrix.
watak sampingan nabila huda banyak membantu kesemua watak untuk bersatu dalam plot yang memuncak.

keseluruhanya berbaloi bagi sesiapa yang pernah baca novel untuk tonton filem ini cuma masih boleh diperbaiki. pasti ramai yang berharap tombiruo akan hadir dengan sekuel seperti dalam novel. sama-sama kita nantikan.

Hari Penuh Sabar

25 Januari

Memang satu hari yang penuh sabar

Ok, yang pertama bermula dari tengah hari.Flight yang sepatutnya bergerak dari KLIA2 jam 5.00 petang tapi aku sampai jejak kaki di KB pada jam 11 malam. jadi boleh kira sendiri berapa jam tunda flight. .
Aku habis mesyuarat di UPM dalam jam 12 lebih. ambil teksi ke putrajaya sentral.kat sana beli tiket naik ERL ke KLIA2. sampai dalam pukul 1 lebih. dengan masa yang ada, aku tukar baju, tukar kasut dan makan. setel solat semua dah takde nak pergi mana-mana aku fikir aku lepak di departure hall je lah . so dalam pukul 2 lebih aku start masuk. lepak di kedai minum air dalam sejam sambil surfing kemudian dalam pukul 4 gerak ke pintu pelepasan.
asalnya dah nampak pelik, di board diorang cakap delayed setengah jam.so ok lah normal kot setengah jam. beratur masuk setel dalam flight.dah gerak keluar tapi tetiba macam stuck. ada dalam 15 minit.kapten beritahu ada masalah teknikal. masuk balik terminal. engineer masuk sorang. lepas tue keluar balik tapi masih masalah sama berlaku. masuk balik dengan terminal. engineer lain pula yang masuk, kali nie engineer yang lebih senior tapi masalah sama juga berlaku. semua penumpang dah start restless. ye la, flight yang patut dah ada atas langit tapi masih lagi kat darat.  akhirnya pramugari beritahu semua penumpang keluar dari flight.
dari pukul 7 tunggu sampai pukul 8 lebih baru dapat jadual baru. kami akan naik flight jam 9.50 malam.. ok lagi part tue, tetiba tukar pintu pulak. berjalan pulak sehingga ke bahagian K. nak makan dah penat. dalam pkl 9 lebih dah masuk flight. lega dan alhamdulillah dapat juga gerak balik KB. kalau kira masa dari start jejak di KLIA2 sampai di KB dkt  8 jam. memang sama macam masa kalau naik kereta atau bas. kalau tau macam tue aku naik kereta je pergi KL.

memang kelmarin satu hari yang penuh sabar

Tuesday, January 2, 2018

Larian Untuk Kesihatan

Trend terkini.jogging, marathon. 

Dan yang lebih pelik aku pun boleh terjebak dalam trend sihat nie. kalau nak diikutkan aku sejak dari sekolah lagi bukan jenis pelari jarak jauh. lari anak-anak boleh. tapi dek termakan hasutan member maka terbeli sepasang kasut dan mula berlari. awalnya aku berjalan saja. kebetulan Kompleks Belia dan Sukan dekat dengan rumah jadinya senang lah. start dari rumah terus ke track di KBS. ada setengah orang tak suka lari dalam pusingan yang sama sebab macam boring berpusing tempat yang sama tapi disebabkan track KBS memang khas dibuat untuk pelari aku teruskan je. awalnya memang dekat je jarak larian. ada satu masa aku hanya jalan pusing campur jogging slow2 dalam 1.5 km je. utk tambah motivasi aku join virtual run. sekarang nie berlambak virtual run. nak jogging masa bila terserah. dah cukup jarak yang ditetapkan just hantar dan dapat tshirt dan medal. bayaran takde mahal mana pun, lebih kurang dengan acara larian yang ada di luar kemuncak larian aku adalah pada tahun lepas, pertama kali masuk acara larian terus masuk kategori half marathon. memang gila mula-mula tapi kena teruskan sebab dah book, bayar hotel semua. kesudahannya aku berjaya habis tapi masa memang ke laut. sakit tak payah cerita. heret kaki 5 km nak habis.kaki melecet lagi. tapi puas sebab berjaya habiskan juga.

ringkas je sekadar nak panaskan balik blog nie. bersempena tahun baru, azam baru .

Aktifkan balik blog. 

Tambah lagi larian.


perihal blog nie pun wife aku yang baru-baru nie beritahu. dah bersarang blog tue. malam nie tetiba cari balik username dan tgk. harapnya motivasi untuk menulis sentiasa datang. padahal tiap-tiap hari menulis kerja di ofis.

Selepas 3 tahun

3 tahun akhirnya menjengah kembali semakin banyak semakin kerap harapnya dapat berkekalan ringkas sekian dahulu akan menyusul

Jom Share