Saturday, January 27, 2018

Review Tombiruo Penunggu Hutan

Tombiruo

Sebuah filem adaptasi daripada novel Ramlee Awang Murshid (RAM). aku baru berkesempatan untuk tonton filem ini yang dibintangi oleh nama-nama pelakon superstar malaysia, Farid Kamil, MNasir, Nabila Huda, Zul Ariffin dan ramai lagi.
 Filem ini keluar pada tahun lepas dan novel pulak pada tahun 1998. kalau berdasarkan rekod, filem ini berjaya kutip RM 5 juta. satu angka yang boleh dibanggakan dengan mengambil kira senario filem tempatan.
Filem ini dari segi promosi memang meletup dan dari segi fan base asal novelis RAM boleh dikatakan agak meletup tapi masih belum cukup untuk tarik minat orang yang tak pernah baca novel RAM.

ok, novel nie dah pernah aku baca dulu tapi dah lama sekitar lepas SPM. tombirou satu dan dua serta tiga aku dah baca semua. ingat2 lupa. satu novel yang sangat baik serta memang mengangkat nama RAM sebagai pakar thriller malaysia. cumanya novel yang terbaik bagi aku adalah Mandatori dan ADAM.

dari segi filem, agak susah bagi mana-mana team produser serta penulis skrip untuk mengadaptasi sepenuhnya apa yang ada dalam novel. filem hebat hollywood pun sendiri tak dapat nak hidupkan 100 peratus apa yang ada dalam novel. bagi tombiruo pulak, aku boleh katakan 60 peratus watak serta plot adalah hampir dengan novel. salah satu kelemahan adalah penghayatan watak serta kedekut untuk jalankan kajian.

dalam novel watak amiruddin sangat percaya pada Allah dengan diucapkan dengan kalimah2 keagamaan. peranan watak pembantu juga penting untuk mengheret penonton kepada senario sebenar serta menghayati kerancakan plot.
dalam filem tersebut, boleh dikatakan perjalanan plot yang menghampiri kepada klimaks adalah sangat cepat. watak faizal hussin contohnya sebenarnya perlu lebih diolah dan diceritakan kerana watak beliau adalah tunjang bagi penonton mengetahui dengan lebih dekat siapa sebenarnya tombiruo. watak amiruddin pula sebenarnya bukan hero kedua atau hero ketiga. tetapi sebenarnya watak amiruddin adalah cermin bagi watak tombiruo. dalam novel, mana-mana pembaca yang mengikuti rapat watak tombiruo pasti tahu yang watak amiruddin lah yang memberi nafas baru kepada ejim iaitu tombiruo.

dari segi aksi , pengarah memang sangat superb bagi tahap negara ini .siap ada style matrix.
watak sampingan nabila huda banyak membantu kesemua watak untuk bersatu dalam plot yang memuncak.

keseluruhanya berbaloi bagi sesiapa yang pernah baca novel untuk tonton filem ini cuma masih boleh diperbaiki. pasti ramai yang berharap tombiruo akan hadir dengan sekuel seperti dalam novel. sama-sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment

berkata-kata lah sesuka hati....

Jom Share